Tuesday 10 June 2014

Jenis-Jenis, Gejala Dan Komplikasi Diabetes Yang Perlu Diketahui

Penyakit kencing manis atau Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.


Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)

1. Diabetes jenis pertama (I) 
Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. 

2. Diabetes jenis kedua (II) 
Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
 Ianya boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ianya boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

3. Diabetes ketika Hamil / Diabetes Gestasi  
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukosa yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 


Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. 
Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.

Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak di diagnos boleh merosakkan
saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.  Komplikasi mata pula berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes JenisII. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.



Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment