Wednesday 21 May 2014

Perlu Ke Milk Booster??



“Aku ok je, tak makan pun milk booster bagai, banyak je susu aku….”



Pernahkah anda diherdik dengan kata-kata begini? Tidak kirala daripada teman sepejabat, teman rapat, adik beradik mahupun sedara mara? Tersentap? Sedih? Rasa bodoh? Hurm.. saya penah melaluinya..


Anda  mesti pernah mendengar ayat “rezeki masing-masing”. Mesti pernah bukan? Apa yang saya ingin kaitkan dengan penyusuan ibu. Begini, ada dikalangan ibu-ibu yang tidak perlu mengambil mahupun mengamalkan apa-apa jenis milk booster tetapi ‘production’ mereka sangat hebat. Bagi mereka ini tahniah saya ucapkan. Anda sangat beruntung!! Percayalah semua ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka berdoa untuk jadi seperti anda.



Tapi bagaimana pula bagi ibu-ibu yang perlukan milk booster bagi membantu si ibu dalam penyusuan bayi mereka?. Sebelum itu mari kita fahami dulu KONSEP ASAS dalam penyusuan ibu.


Konsepnya mudah sahaja DEMAND & SUPPLY. Payudara kita perlu / harus sentiasa dikosongkan setiap 2@3 jam sekali. Apabila payudara kita kosong proses ‘demand’ akan berlaku. Otak kita akan menyedari kekosongan ini lantas tubuh kita akan bekerja untuk ‘SUPPLY’. Jika amalan ini dipraktikan SETIAP WAKTU maka pengambilan milk booster bukan lagi satu kesalahan. Yang SALAHnya adalah mind set kita. Ambil milk booster maka susu akan melimpah ruah secara automatik, macam magic pula. Tidak perlu pam atau susukan bayi, duduk sambil-sambil berehat boleh kumpul susu banyak.




Bagi ibu-ibu yang baru kita harus banyakan membaca mengenai susu ibu ini. Persedian awal itu sangat penting supaya kita tidak cepat melatah kemudian hari. Banyak ilmu yang perlu kita ada jika kita berhasrat untuk menyusukan bayi anda.





APA ITI MILK BOOSTER?

Milk Booster ialah ‘penggalak susu’. Umum milk booster ini sangat terkenal dikalangan ibu-ibu yang menyususkan anaknya terumata bagi mereka yang ingin menjayakna penyusuan penuh. (fully breast feed).




Antara makanan yang dipercayai boleh menambah susu ibu ialah:


  1. .Segala produk tenusu
  2. Halba
  3. Kurma
  4. Jus pegaga
  5. Jantung pisang
  6. Lobak putih
  7. Sayuran hijau (cth: sawi hijau)
  8.  Longan
  9. Habbatus sauda
  10. Barli
  11. Daun kucai
  12. Air soya/ produk soya cth; taufu,taufufa
  13. Horlicks/Milo
  14. Kobis
  15. Pil ASI/ Air herba
  16. Oats



    Secara kesimpulannya, semua makanan yang disenaraikan berkhasiat bukan? Jadi boleh disimpulkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat mampu membantu penghasilan susu.  
J  
J    JUJUR saya katakan hampir kesemua makanan yang disenaraikan diatas saya pernah cuba. pendapat saya, sesuata benda tu bergantung juga kepada badan kita. ada yang hasil SUPERB, ada yang OK -OK je, ada yang BOLEHLAH..  

      

     kenapa saya memilih SET MENYUSU SHAKLE?? tunggu next enrty..








0 comments:

Post a Comment