Thursday 11 September 2014

Tips Melegakan Batuk Dan Kahak Pada Anak Kecil

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai tips cara melegakan batuk dan kahak pada anak-anak. Hampir seminggu puteri kesayangan saya batuk. Batuk tak behenti. Sampai malam pun tak dapat tidur. Batuk + kahak. Pakej lengkap.. Tapi syukurla dia tak deman. Bukan apa, risau jangkitan kuman pada paru-paru je. 

Sebagai ibu mestila risaukan? Kesian tengok dia tak dapat tidur lena. Kesian kat diri sendiri pun sama juga. Yelah kena berjaga tengah malam. Risau..

Saya pun cuba cari info mengenai benda ini. Zaman teknologi, semua di hujung jari. Harini saya ingin berkongsi sedikit info bersama ibu-ibu diluar sana.. 

Sebelum itu saya ingin berkongsi mengenai ini..
            Makanan yang menyebabkan kahak dan yang boleh menghilangkan kahak

Mengenal batuk kahak :
kahak jernih (badan sejuk)  = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
kahak pekat/kuning/hijau (badan panas) = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.

 

Kahak boleh dikeluarkan melalui 3 cara, daripada batuk kahak, selsema (hingus) atau najis. Pastikan ambil bahan yang tiada alahan pada pesakit dan sesuai mengikut umur.

1.LEGAKAN KAHAK DENGAN CARA TRADISIONAL
Umur 7-10 bulan -Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak
 
Umur 1 tahun ke atas- Madu boleh diambil bersama air suam juga bileh di campur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan selsema, batuk dan kahak


Banyakkan minum air suam juga susu ibu

NOTES : Elakkan pengambilan madu / delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan.Kerana madu/delima bersifat panas.

 2. LEGAKAN KAHAK DENGAN UBAT SAPUAN
Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam. 
Bagi anak saya sendiri saya buat 'minyak bawang puteh'. Ini kerana anak saya pernah mengalami 'lecur' ketika saya sapukan minyak panas pada badan dia dulu. Mungkin kulit dia sensitif.
MINYAK BAWANG PUTEH: bakar 2 ulas bawang puteh, campurkan bersama minyak habbatus sauda dan juga minyak masak. (saya campurkan sedikit lada hitam yang ditumbuk)

3. LEGAKAN KAHAK DENGAN KAEDAH GARLIC SOCK 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yang berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
4. LEGAKAN KAHAK DENGAN TEKNIK WAP/ STEAM
Wapkan bayi,  biar dia menangis / sampai termuntah dan tepuk rusuk kiri kanan bayi, depan dan belakang dada, tepuk perlahan bentukkan tangan berbentuk cuping telinga.. Kahak akan cair dan keluar melalui najis.. 

Cara ini hati ibu kena kuat dan cekal. Kalau tak, ibu pun nangis sama..huhu.. Lebih baik guna cara ini dari beri ubat batuk tau. Anak pun tidur lena, dan lebih baik bayi diberi gas di klinik untuk cairkan kahak dari diberi ubat batuk! Sebab ape? sebab nanti kahak anak tu akan terberhenti dan masih ada didalam tubuhnya. Dan batuknya baik sekejap je, nanti akan berulang lagi..

  
5. LEGAKAN KAHAK DENGAN SUPPLEMENT
Legakan dengan pengambilan supplemen. Tahu tak Minyak Ikan boleh legakan batuk dan kahak? Omega Guard semestinya dari Shaklee.. Saya bagi pada anak saya yang berumur dua tahun. Saya cucukkan jarum pada kapsul dan picitkan kedalam susu dia. 
 
Bagaimana Omega Guard  membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman. Omega juga dapat melegakan pesakit asma
Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga,, ( fungsi omega itu sendiri membakar lemak)
                                                         

Sekian, sedikit perkongsian ilmu yang saya tahu.. Petua-petua ni kena amalkan dan kena banyak bersabar kerana mungkin kesannya agak lambat.. Biar lambat janji selamat. Bagi saya sendiri, tak salah untuk campur cara lama dan cara moden Yang penting kita beriktiar dan selebihnya bertawakallah..
INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??
Hubungi Saya :
011
39757985 (sms/whatsapp) | hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment