Wednesday 11 June 2014

10 Perkara Mengenai Diabetes & Insulin

Berhadapan dengan pesakit Diabetes merupakan rutin harian perkerjaan saya. Jadi sedikit sebanyak ilmu mengenai  Diabetes ini mesti ada dalam diri saya sebagai persediaan untuk saya menjawab persoalan dari pesakit. Mungkin tidak dapat memberi penjelesan yang lengkap tetapi cukuplah sekadar memberi sedikit gambaran kepada pesakit. Oleh sebab itu, hari ini saya inigin berkongsi serba sedikit info mengenai Diabetes dan Insulin.


1. Apa Itu Diabetes?  

Diabetes atau Kencing Manis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah seseorang adalah tinggi dari normal secara kronik.

2. Bagaimana Diabetes Berlaku?

Insulin adalah satu hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Bagi orang yang sihat, karbohidrat dalam makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa (sejenis  gula) yang akan disebarkan ke seluruh sel badan untuk dijadikan tenaga. Fungsi insulin ialah membantu glukosa masuk ke dalam sel badan.

Diabetes berlaku apabila pankreas menghasilkan insulin yang sedikit atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Ini menyebabakan glukosa sukar masuk ke dalam sel badan dan seterusnya paras gula dalam badan akan meningkat. Keadaan paras gula yang kekal tinggi di dalam badan inilah yang dipanggil  Diabetes

Glukosa yang tidak dapt digunakan ini akan terkumpul di dalam darah dan akhirnya mengalir melalui buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing. Glukosa yang terkumpul di dalam darah juga akan merosakan  tisu-tisu badan termasuk organ dan saraf.

3. Jenis-Jenis Diabetes 

Terdapat 3 jenis Diabetes iaitu:-
  • Diabetes Jenis 1
          Berlaku disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin untuk keperluan badan.
          Pesakit memerlukan rawatan ubat insulin sepnajnag hayat.  Diabetes Jenis 1 biasanya
          berlaku diusia yang muda.
  •  Diabetes Jenis 2
           Berlaku disebabakan oleh pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi bagi
           keperluan badan atau insulin yang dihasilkan kurang berkesan. Diabetes Jenis 2 boleh
           dikawal dengan pemakanan yang sihat, senaman dan pengambilan ubat 
           (makan dan insulin). Ia biasanya berlaku di kalangan mereka yang lebih berusia atau 
           awal dewasa.
  • Gestational Diabetes Melitus (GDM)  
          Berlaku di kalangan wanita semasa mengandung yang berpunca dari perubahan 
          hormon dalam badan. Penghidap diabetes jenis ini mempenyai risiko untuk menghidap 
           Diabetes jenis 2 di kemudian hari.

4. Bagaimana Merawat  Diabetes.

Rawatan  Diabetes bergantung kepada jenis  Diabetes yang dihidapi dan juga atas arahan doktor. Diabetes Jenis 1 biasanya dirawat menggunakan ubat insulin sahaja kerana badan tidak berupaya menghasilkan insulin sendiri.

 Diabetes Jenis 2 dirawat menggunakan ubat sama ada oral atau insulin ayau kedua-duanya sekali bergantung kepada tahap kawaln dan paras gula dalam darah pesakit. Di samping itu pesakit dikehendaki mengawal pemakanan dan melakukan senaman bagi memastikan paras gula dalam badan sentiasa berada pada tahap normal.

Gestational  Diabetes Melitus (diabetes di kalangan ibu mengandung) memerlukan kawalan diet atau rawatan insulin sahaja keran pengambilan ubat makan dikhuatiri akan memudaratkan kandungan.


5. Jenis-Jenis Ubat Insulin

Ubat insulin dikategorikan kepada 4 kategori berdasarkan kepada jangkan masa tindakan terhadap badan apabila disuntik. Kategori tersebut ialah :-
  • Bertindak cepat - Actrapid, Humulin R
  • Bertindak sederhana - Insulatard, Humulin N
  • Bertindak jangka panjang - Glargine, Detemir
  • Campuran - Mixtard, Humulin 30/70

JENIS INSULIN
MASA MULA BERTINDAK
MASA KEMUNCAK
BERTINDAK
TEMPOH
BERTINDAK
Bertindak Cepat
(Actrapid, Humulin R)
 


30-60 minit


2-4 jam


6-10 jam
Bertindak Sederhana
(Insulatrad, Humulin N)
 


1-2 jam


4-8 jam


10 -16 jam
Bertindak Jangka Panjang
(Glargine, Detemir)



1-2 jam


-


24 jam
Campuran
(Mixtard, Humulin30/70)
 


-


-


10-16 jam



6. Pengambilan Ubat Insulin 

Ubat insulin tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil hormin. Semua pesakit Diabetes boleh mengambil ubat insulin. Ia tidak terhad kepada pesakit  Diabetes  Jenis 1 atau mereka yang telah lama menghidap Diabetes

Seseorang pesakit  Diabetes perlu mengambil ubat insulin setelah disyorkan oleh doktor untuk berbuat demikian sungguhpun beliau baru dikesan menghidap Diabetes. Pengambilan ubat insulin disyorkan terhadap seseorang pesakit berdasarkan keterukan penyakit Diabetes yang dialami. Rawatan secara ubat insulin merupakan kaedah rawatan terbaik untuk mereka bagi mengelakkan sebarang komplikasi akibat penyakit Diabetes. Doktor akan menentukan jenis insulin, dos dan kekerapan insulin yang perlu diambil. Ubat insulin disuntik menggunakan alat yang dinamakan 'pen insulin'.

7. Langkah-langkah Persedian Sebelum Menyuntik Insulin

Seseorang pesakit boleh melakukan prosedur sentikan insulin sendiri di rumah. Anggota kesihatan bertugas akan menunjukkan cara melakukan suntikan sebelum pesakit melakukan sendiri di rumah. Pastikan sebelum prosedur suntikan, basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

8. Tempat Menyuktik Insulin

Terdapat tempat-tempat tertentu di badan yang boleh dijadikan tempat menyuntik insulin. Ini bagi memastikan insulin dapat amsuk ke dalam badan dengan cepat dan memberi kesan seperti diharapkan.



9. Penyimpanan Insulin


Ubat insulin yang belum diguna hendaklah disimpan di dalam peti sejuk tetapi BUKAN di dalam ruang sejuk beku. Pen insulin perlu disimpan di dalam kotak atau bekas yang disediakan. Jauhi dari jangkauan kanak-kanak.



  • Letak di ruang dingin BUKAN sejuk beku
  • Diletak secara mendatar/baring
  • Jauhkan daripada cahaya matahari
  • Jauhakan dari kanak-kanak.
  • Buang lebihan insulin. JANGAN SIMPAN.

10. Nasihat Am

  • Jadikan suntikan insulin sebagai sebahagian dari jadual harian anda supaya anda tidak terlupa mana-mana dos.
  • Jika anda telupa satu dos, lupakan dos tersebut dan pastikan dos berikut diambil tepat pada masanya.
  • Anda perlu membawa pen insulin bersama anda ke mana sahaja anda pergi.
  • Sekiranya tertinggal pen insulin, anda perlulah mendapatkan suntikan di klinik atau hospital berhampiarn. Sila maklumkan kepada anggota kesihatan jenis insulin, dos dan kekerapan.
  • Anda perlu mengambil suntikan insulin mengikut waktu yang tetap setiap hari supaya tindakan insulin berkesan.
  • Anda dinasihatkan mengambil makanan setengah jam selepas suntikan bagi mengelakkan berlaka Hypoglisemia (kekurangan gula di dalam aliran darah darah)
  • Anda juga digalakkan memeriksa paras gula darah sebelum mengambil suntikan bagi mengelakan berlaku hypoglisemia dam hyperglisemia.
  • Dengan mengetahui paras gula semasa dalam darah, memudahkan anda mengubahsuai dos suntikan insulin mengikut keperluan badan. Kesannya anda dapat melakukan kawalan terbaik penyakit diabetes anda dan dapat megelak dari berlakunya komplikasi.
 SUMBER: JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN




Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






           

0 comments:

Post a Comment