This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday 30 June 2014

Cara Tambahkan Selera Makan Anak

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara menambah selera makan anak.
 

Sebagai ibu, perkara yang kita sering runsing adalah bila anak sudah hilang minat pada makanan yang bergizi seimbang lantaran lebih berminat kepada makanan ringan dan jajan bak kata orang Selatan. Apa yang kita mahukan untuk anak kita tak selari dengan keinginan anak dalam menu harian mereka. Selera mereka memang tinggi, tapi bukan pada makanan berkhasiat. 

Maka kita tercari cari cara nak menambah selera makan anak. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan jika kita memperkenalkan makanan seimbang dan mendisplinkan anak dalam mengawal selera makanan ringan. Bagaimanapun dalam dunia moden kita sentiasa punya jalan keluar bagi setiap masalah. Jika anda inginkan suatu produk yang bukan sahaja mempunyai vitamin, mineral, dan sumber tenaga, bahkan telah terbukti menambah selera makan anak yang mengambilnya. 
Produk yang saya maksudkan...jeng jeng jeng...Mealshakes. 'Makanan segera' yang berkhasiat, french vanila flavor. 'Segera' disini bermaksud ianya segera diserap,  protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa seterusnya menambah selera makan...nyum...nyum nyum. Segera disiapkan - campur dalam air suam / jus / apa saja then shake.

Selain dari menaikkan selera makan, Mealshake juga mempunyai faedah berikut:
Credit to Aziyana

Pertama, untuk kecantikan kulit. Selain menambah selera makan, mealshake kaya dengan Protin yang menyihatkan sel-sel dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat. Kenapa protin penting? Saya senaraikan kepentingannya secara ringkas di bawah
  1. Protin berfungsi untuk membina sel baru dan menggantikan sel rosak atau sel yang telah mati
  2. Protin digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot. 
  3. Protin berfungsi untuk mensintesis hormon bagi koordinasi badan
  4. Protin digunakan untuk mensintesiskan antibodi bagi pertahanan badan.
Kulit yang cantik bermula daripada sel yang sihat. Jika sel telah mati atau rosak tidak diganti, itulah penyebab kepada kulit kusam. Selain protin, mealshake juga mengandungi B-complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus meningkatkan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih bertenaga.
 
Kedua, untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak yang berpunca dari kurang air.Untuk satu bahagian mealshake, terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam usus (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit kerana kurang selera makan.
 
Ketiga, untuk antioksida. Disebabkan mealshake mengandungi vitamin A, C, E, selenium, maka keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada mealshake. Antioksida penting bila mana badan kita mempunyai radikal bebas. Antioksida la yang menjadi senjata untuk combat with radical bebas tu. Siapa yang boleh menjamin dalam badannya tiada langsung radical bebas? Saya yakin tiada!
 
Keempat, untuk bantu anak lebih fokus. Kenapa? kerana Mealshake mengandungi 12 vitamin penting dalam menambah selera makan anak. Bagi setiap satu hidangan, anak akan mendapat vitamin keperluan harian sebanyak, 25% vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30% daripada thiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asid pantotenat. Itu bahagian vitamin, bagaimana pula dengan kandungan mineral?
 
Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake yang membantu penyerapan vitamin. Bagi satu hidangan, anak akan mendapat mineral keperluan harian sebanyak  20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%s daripada magnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35% manganese dan 35% molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium Jadi anak-anak dan remaja yang sedang membesar tetapi tiada selera makan sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik seterusnya menambah selera makan mereka.
 
Saya sendiri memberi Mealshake ni kepada anak saya sejak dia berusia 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah selara makan dia ada peningkatan. Paling ketara susu botol makin kuat.. Dulu sebelum consume mealshake, susu tepung anak saya hanya sekilo sebulan. Risau kan? Yelah, anak-anak perlukan kalsium untuk pembesaran tulang dia. Bonus juga semenjak dua bulan consume mealshake anak saya jarang selsema. Nanti saya akan buat satu entry khas untuk itu. 
Lagi best di bula puasa ni, si ibu pun boleh tumpang sekaki untuk kekal cergas di bulan puasa ni. BACA SINI


INGIN MENDAPATKAN PRODUK  INI DENGAN HARGA HEBAT??


Hubungi Saya :011  39757985(whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday 29 June 2014

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sewaktu mula-mula menyusukan anak saya Hasya Amani binti Muhamad Zulhafifi.

Alhamdulillah, rezeki saya dan suami untuk mendapat cahaya mata amat murah. Kami sangat beruntung kerana kami tidak perlu menunggu lama. Sebulan selepas perkahwinan kami, saya disahkan hamil. Bunting pelamin kata orang. Hebat tak?? hihihi

Saya seorang yang suka blogwakling. Baca buku malas, blog tak pe. hihi. 2 tahun lepas, isu breastfeed ni memang tengah IN (pada sayalah). Jadi disitu timbul satu keazaman yang sangat tinggi dalam diri saya untuk memberikan penyusuan penuh ke anak saya. Dari mengandung lagi saya berdoa agar dipermudahkan untuk menyusukan anak saya sehingga dua tahun.

Perasaan saya bila kali pertama melihat anak saya selepas dilahir, rasa macam tak percaya.. Terus hilang semua rasa sakit tu. Eeii ni ke budak yang duk godek-godek dalam perut aku selama 40 minggu 4 hari nih.. Keciknye. Macam mana nak pegang nih? hihi.


Saya hanya dapat menyusukan Amani 5 jam selepas di lahirkan. Saya pun tak tahu kenapa lambat sangat mereka nak berikan kepada saya untuk disusukan. Sepatutnya kita boleh menyusukan anak kita sejam selapas dilahirkan. Biasala ilmu yang kurang. Selepas ini kita perbaiki.

Pertama kali Amani menyusu rasa geli tau. hehe.. Nak tergelak pun ada. Tapi bila tengok dia pandai cari puting dan hisap, rasa macam ajaib sangat.. Indahnya aturan Tuhan.. Saya juga ada mengalami luka pada puting. Secara sainsnya saya tidak tahu mengapa, yelah baby bukan ada gigi, tapi boleh luka. hihi. Tapi kata orang-orang tua itu semua biasa. Petua nak kurangkan luka, picit sedikit susu kita dan sapukan pada keliling puting. Lebih kurang seminggu juga luka ni.

Memang agak memenatkan lagi bagi ibu berkerja macam saya untuk menyusukan anak. Tapi bila tengok muka anak hilang semua penat. Ibu-ibu kena pandai susun masa, curi masa.
Yang penting jangan stress dan sentiasa happy. 

Tips Bagi Ibu Yang Mahu Menyusukan Anak


  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asyik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.
  • Ibu mesti ambil makanan yang seimbang. Ni sangat penting bagi penghasilan susu.
  • Banyakkan berdoa agar dipermudahkan segalanya.
INGIN MENCARI SUPPLEMENT PENYUSUAN??  
================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Cara Makan Supplement Penyusuan Di Bulan Puasa

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara pengambilan supplement bagi tujuan penyusuan di bulan puasa. Untuk tips berpuasa bagi ibu menyusu KLIK SINI


Antara supplement yang digalakkan pengambilan pada bulan puasa ialah

Mighty 3 Gem terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink 
ESP (perisa natural vanilla) : – Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yang berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yang konsisten. 

Mealshake (perisa french vanilla) : ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

Performance Drink (perisa natural orange): – Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

 Jadual Pengambilan Supplement Penyusuan Di Bulan Puasa   


WAKTU
MAKANAN /MINUMAN
VITAMIN
Waktu Sahur:

-Makan nasi atau apa jua hidangan . Digalakkan makan sup dan makanan yang tinggi protein.
-Makan kurma 3 biji
-Minum segelas  ESP + Mealshake + Perfromance Drink
2-5 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:

Makan  kurma 3 biji
Berbuka dengan juadah berbuka yang seimbang
-Minum segelas  ESP + Perfromance Drink
2 – 5 biji Alfalfa
1 biji vitalea,
1biji b-complex
1biji vita C
Sebelum tidur:

Minum segelas ESP.


ostematrix 2-4biji  
vitamin lain seperti Omega atau GLA


================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================

INGIN MENDAPATKAN PRODUK  INI DENGAN HARGA HEBAT??


Hubungi Saya :011  39757985(whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Mesti ramai antara ibu-ibu di luar sana yang risau akan 'production' di bulan puasa ini kan? Cukup ke susu? Letih? Lapar? Berikut saya paparkan beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu-ibu diluar sana menghadapi cabaran menyusu di bulan Rmadhan.


1.  MIND SET
Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. 

Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

2) KEKERAPAN MENGEPAM
Tambahkan kekerapan mengepam sebulan sebelum bulan Ramadhan. 
Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.

3) JADUAL MENGEPAM
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

**Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!

4) POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI
Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak).  
Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

**Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*

5) PENGAMBILAN AIR
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!

**Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

**Untuk elakkan dehydration, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).

6) JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN
Hati-hati dalam memilih juadah berbuka. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. 

Amalkan pemakanan seimbang.  Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.  Ambil supplement – ESP, mealshake, performance drink dan vitamin lain. 
Jadual Makan Supplement
Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
     
7) KURMA
Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.

**Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah

8) BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu. 

**Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!

Ummi, PumpOnTheGo

Masih mencari supplement penyusuan? KLIK SINI

================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT PENYUSUAN DENGAN HARGA HEBAT?? 

Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 



Thursday 26 June 2014

Mengurus Diabetes Di Bulan Puasa

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai panduan berpuasa bagi pesakit diabetes.

Mengawal kadar gula dalam darah, terutama pada Ramadan sememangnya cabaran paling besar untuk mereka yang disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Malah, ada kalanya jika kandungan gula terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit dinasihatkan tidak meneruskan puasa.

Namun, kata Pakar Runding Endrokologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, jika pesakit bijak mengawal kadar gula dalam darah, berpuasa bukanlah halangan besar. Malah dengan nasihat doktor dan ubah suai dos yang perlu diambil, pesakit sebenarnya masih mampu menjalani ibadat puasa.

Malah, tidak ramai yang menyedari, bagi pesakit yang sudah lama didiagnos dengan diabetes, bulan puasa adalah waktu yang dinanti-nantikan kerana lebih mudah sebenarnya bagi mereka mengawal tahap gula dalam darah.

“Pesakit yang sudah lama didiagnos dengan diabetes, mereka sudah tahu perubahan pengambilan dos insulin selain pemakanan. Bagaimanapun, pesakit kanak-kanak yang baru didiagnos dengan diabetes, Ramadan memang bulan yang mencabar,” katanya.

Lebih 1.2 juta warga Malaysia ialah pesakit diabetes dengan anggaran kes baru sekitar 650,000 setiap tahun, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan menjelang 2030, ada seramai 180 juta pesakit diabetes di seluruh dunia.

Di Malaysia, 95 peratus pesakit diabetes adalah daripada Jenis Dua. Namun, kebanyakan pesakit diabetes Jenis Satu pula ialah kanak-kanak dan remaja.

“Diabetes Jenis Satu paling sukar kerana pesakit langsung tiada insulin dalam badan, jadi jika kurang menerima suntikan, mereka berisiko berdepan masalah gula naik secara mendadak.

“Lazimnya pesakit diabetes Jenis Satu ialah mereka yang sudah disahkan menghidap diabetes sejak bertahun-tahun lamanya. Jadi mereka sudah tahu melakukan perubahan terhadap pemakanan. Mereka tidak sukar menempuh Ramadan melainkan ubat-ubatan mereka sudah bertukar atau baru mendapat suntikan insulin, mereka secara khusus perlu dinasihatkan dan dimaklumkan bagaimana mengelak gula turun atau naik secara mendadak,” katanya.

Dr Zanariah berkata, selain itu pemakanan juga antara faktor penting bagi menguruskan diabetes ketika Ramadan. Lebih mudah katanya, diet pesakit diabetes tidak sama, selain keperluan ubat-ubatan juga tidak sama. Namun, secara umum kebanyakan pesakit akan makan lebih ketika berbuka puasa dan sahur pula ringan, justeru pemberian dos juga perlu diterbalikkan.

Panduan bagi pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Diet – Elak makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan kadar gula dalam darah turun mendadak.

Ubat – Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan yang diambil pada sebelah pagi pada hari tidak berpuasa ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa. Dos yang diambil sebelum makan malam sewaktu tidak berpuasa, pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan kadar gula dalam darah turun atau naik mendadak.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan bulan puasa, seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan ialah sama seperti dos yang diberikan pada waktu pagi pada hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur (0.1 – 0.2 unit insulin/kg berat badan)

Pesakit yang berdepan dengan masalah diabetes ketika hamil
Kata Dr Zanariah, umumnya wanita hamil tidak digalakkan berpuasa, namun jika pengurusan diabetesnya baik wanita itu masih boleh berpuasa.

“Bagi wanita yang didiagnos dengan diabetes sebelum hamil, apabila sudah berbadan dua, dia perlu mengambil insulin berbanding ubat biji. Penggunaan insulin berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah gula rendah. Jadi sewaktu mengandung, risikonya lebih ketara. Pada tempoh kehamilan, kawalan gula sangat penting untuk memastikan perkembangan janin,” katanya.

Bagi mereka yang menghidap diabetes ketika hamil, biasanya diabetes yang dialami tidak teruk dan mereka hanya perlu mengawal diet untuk terus berpuasa.

“Jika kawalan gula yang baik dan mengikut garis panduan mereka boleh puasa,” katanya.

Fakta: Peringatan umum pesakit diabetes berpuasa

1) Jangan melengahkan berbuka tetapi melambatkan bersahur.

2) Bagi pesakit yang baru berpuasa digalakkan mengukur gula dalam darah supaya mereka boleh nilai tindak balas kadar gula dalam darah waktu berpuasa. Tahap gula diuji pada, sebelum bersahur antara dua ke empat jam selepas bersahur, sebelum berbuka puasa dan antara dua ke empat jam selepas berbuka.

3) Makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

4) Makan berpada-pada ketika berbuka serta kurangkan hidangan yang manis.

5) Mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya.

6) Mengenali tanda-tanda hipoglesemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

7) Segera berbuka apabila mengalami masalah sama ada hipoglesemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh memudaratkan mereka.

8) Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan /disuntik mengikut syor doktor.

Simptom hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi: Tanda-tanda hipoglisemia (gula dalam darah terlalu rendah)
  • Menggigil 
  • Terlalu lemah 
  • Amat lapar 
  • Berpeluh 
  • Pucat 
  • Berdebar-debar 
  • Gelisah 
  • Koma (tak sedarkan diri)
Tanda-tanda hiperglisemia (gula dalam darah terlalu tinggi) 
  • Kerap buang air kecil 
  • Terlalu dahaga 
  • Sangat letih
Tanda-tanda dehidrasi (kekurangan cecair dalam badan)
  • Amat dahaga 
  • Kulit dan lidah yang terlalu kering 
  • Fikiran terganggu
Pesakit diabetes tidak dibenarkan berpuasa sekiranya:
  • Penyakit diabetes yang dihidapi tidak stabil. Bimbang ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
  • Tidak mematuhi nasihat penjagaan diet, pengambilan ubat-ubatan dan insulin. 
  • Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. 
  • Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. 
  • Kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah). 
  • Mengalami jangkitan kuman. 
  • Warga tua dan tinggal bersendirian. 
  • Wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin. 
  • Berusia bawah 12 tahun. 
Oleh Hafizah Iszahanid dan Suzan Ahmad 


MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA
Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa:

Waktu

7.30 malam
Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan).
Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula.
Sembahyang Maghrib
8.00 malam
Hidangan utama (makan malam)
8.30 malam
Sembahyang Isyak/terawih
10.00 malam
Makan
1.30 pagi
Snek (pilihan) Tidur
4.45 pagi
Bangun Makan ubat
5.15 pagi
Bersahur
5.45 pagi
Snek (pilihan)

(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek).
Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kira-kira 2 jam selepas berbuka puasa. Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.

 Ketahui Jenis-jenis dan Komplikasi Diabetes KLIK SINI
Cara Mengawal Diabetes Secara Selamat Dan Berkesan KLIK SINI

 
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.