Sunday 29 June 2014

Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Mesti ramai antara ibu-ibu di luar sana yang risau akan 'production' di bulan puasa ini kan? Cukup ke susu? Letih? Lapar? Berikut saya paparkan beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu-ibu diluar sana menghadapi cabaran menyusu di bulan Rmadhan.


1.  MIND SET
Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. 

Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

2) KEKERAPAN MENGEPAM
Tambahkan kekerapan mengepam sebulan sebelum bulan Ramadhan. 
Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.

3) JADUAL MENGEPAM
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

**Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!

4) POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI
Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak).  
Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

**Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*

5) PENGAMBILAN AIR
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!

**Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

**Untuk elakkan dehydration, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).

6) JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN
Hati-hati dalam memilih juadah berbuka. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. 

Amalkan pemakanan seimbang.  Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.  Ambil supplement – ESP, mealshake, performance drink dan vitamin lain. 
Jadual Makan Supplement
Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
     
7) KURMA
Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.

**Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah

8) BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu. 

**Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!

Ummi, PumpOnTheGo

Masih mencari supplement penyusuan? KLIK SINI

================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT PENYUSUAN DENGAN HARGA HEBAT?? 

Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 



0 comments:

Post a Comment