Wednesday 17 September 2014

Merancang Anak Lelaki

Assalamualaikum semua dan salam bersiaran. Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai sedikit panduan untuk mendapatkan anak lelaki. Hehe.. Sejak pregnant nih, asil menulis pasal kehamilan je kan. Anak sulung girl, sudah tentu anak kedua inginkan boy pulak kan. Tapi tak kisah sebenarnya pun, janji sihat. Terima je apa yang keluar nanti. 



Tips / panduan ini hanyala dari sudut sains je.. Yang maha berkuasa tetap DIA. Kun fa ya kun. Kalau dah takdir tetapkan itu, usaha macam mana pun tetap itula rezeki kita. Yang penting anak yang yang bakal dilahirkan sihat.. 

Semasa hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang menentukan samaada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum isteri hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri XY, (bayi lelaki), manakala XX (bayi perempuan).

CARA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI

Waktu subur isteri

  • Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran dengan waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi.
  • Kita tak digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi tu. Sebabnya kita nak kekalkan jumlah sperma yang tinggi. Seorang lelaki yang mempunyai jumlah sperma yang tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.


Teknik hubungan intim

  • Salah satu cara untuk dapatkan anak lelaki adalah teknik doggie style. Sebabnya teknik ini membenarkan penis suami lebih dekat dengan serviks dan jarak penjalanan yang lebih pendek membenarkan sperma Y yang agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Sebab tu hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma X.
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.

Pemakanan

  • Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yang masin seperti keropok pon digalakkan.
  • Elakkan makan makanan berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
  • Suami harus minum banyak minuman yg banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubungan seks. Ini untuk merangsang sperma Y yg lebih aktif.

Tahap kealkalian faraj

  • Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali. Kita dicadangkan menukar cecairan faraj kepada beralkali dengan memasukkan cecair bikarbonat yang beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat ni boleh dibeli di farmasi. 

Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami

  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri seharusnya mendapat kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yg boleh merangsang pergerakan sperma Y.


NOTA: tiada jaminan 100% yg kita boleh dapat anak lelaki dengan mencuba cara di atas ni. Ini semua adalah kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak kita. Banyak faktor lain yg turut mempengaruhi dalam menghasilkan jantina anak yang kita inginkan tu. Yang penting, bila anak lahir, anak itu sihat

kredit: baby ibu

Merancang Anak Perempuan BACA SINI  
Baca: Supplement Kehamilan Shaklee

0 comments:

Post a Comment