Wednesday 3 September 2014

Tips Membuat 'PEMERIKSAAN KESIHATAN' Bagi Kemasukan UPU


Musim kemasukkan UPU bakal tiba. Jadi sekarang ramai adik-adik sibuk membuat persiapan. Salah satu persiapan yang WAJIB dilakukan ialah Pemeriksaan Kesihatan (Medicak Check-up). Kepada adik-adik yang berjaya menempatkan diri, tidak kisahlah di IPTA, IPTS, kolej dan sebagainya saya ucapkan TAHNIAH!!.

Untuk makluman, saya bekerja sebagai seorang Juruteknologi Makmal di hospital badan berkanun. Penempatan saya di bahagian Makmal Pesakit Luar. Pendekkan cerita, di hospital kami pemeriksaan kesihatan dilakukan di makmal saya bertugas. Hampir 6 tahun pengalaman saya menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan.
Jadi di sini, saya ingin berkongsi sedikit tips bagi adik-adik sekalian:

TIPS MEMBUAT MEDICAL CHECK -UP >KEMASUKAN UPU


1. Baca dan isi borang dengan lengkap.
Mungkin nampak mudah, tapi inilah yang selalu terjadi. Saya selalu dapat borang KOSONG. Adehhh..Tahu tak kenapa sangat penting? Untuk mudahkan merekod dan juga kembalikan borang anda.

2. Baca dan fahami kandungan borang.
Setiap borang periksaan adalah berbeza-beza mengikut pusat pengajian. Sila baca ikut arahan yang ditulis. Ada pusat pengajian yang mahukan satu salinan asal,  ada yang mahu dua salinan. Sangattttt penting untuk adik-adik ambil kisah ye. Jangan buat tak kisah. Sebab jika pihak U mahukan dua salinan asal, maksudnya kami perlu 'STAMP' - cop kedua-dua borang anda. TIDAK BOLEH fotostat. NI untuk mengelakan kes anda terpaksa berulang datang hanya semata-mata untuk mendapatkan stamp.

Lagi satu, sila maklumkan jika ada ujian dadah. Kami akan semak borang anda, tetapi mungkin terlepas pandang kerana ada pusat pengajian meletakkan halaman khas untuk ujian dadah. Bagi ujian dadah ada prosedure tertentu yang perlu anda ikuti.

3. Sila berikan borang yang berkaitan sahaja.
Sebab itu amat penting untuk adik-adik kaji apa yang terkandung dalam borang itu. Ada bahagian maklumat pelajar, ada bahagian pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Untuk pemeriksaan kesihatan hanya perlu serahkan bahagian pemeriksaan kesihatan sahaja. Yang lain sila simpan. Pengalaman saya pernah merima borang setebal-tebalnya. Semua ada. Dari bil yuran surat beranak, nasib geran tanah tak de. Huhu... Jenuh nak selak sampai halaman yang berkaitan.

4. Sila susun dan STAPLERKAN / DAWAI KOKOTKAN borang anda.
Faham tak maksudnya? Maksudnya adik susun borang tu ikut turutan muka surat dan staplerkan! JANGAN guna klip kertas. Sebab apa? Sebab mudah tercabut. Bila dah tercabut, berteraburlah borang itu. Jadilah satu tugas kami untuk cari dan susun kembali borang anda.Ini semua boleh menganggu kelancaran tugas kami dan juga urusan anda.

5. Sila jaga kesihatan anda.
1-2 hari sebelum datang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan anda minum air kosong / palin water dengan jumlah yang disaran. Ini bagi mengelakkan keputusan air kencing tidak 'cantik'. 
Bagaimana nak tahu jumlah air yang mencukupi? Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air.

Diharapkan sedikit perkongsian ini akan memberi manafaat kepada anda semua....


NOTA KAKI: budi bahasa budaya kita.. SENYUM & ucaplah TERIMA KASIH.. 


 ....IKLAN....



 INGIN MENDAPATKAN PRODUK  INI DENGAN HARGA HEBAT??
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 



 




0 comments:

Post a Comment