Jadi harini saya ingin berkongsi sedikit info yang saya dapat hasil dari google dengan mommy luar sana. Jemput baca semua..
1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi
satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom
yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda
bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu
diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira
hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan
telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda
ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun
bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan
implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu
atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam
masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan
yang sama menjelang kedatangan haid anda
4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
5. Keletihan
Berasa
letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang
tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton
sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum
kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap
sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi
pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan
peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
7. Deria rasa berubah
Anda
mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita
mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang
lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness)
sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang
sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari
selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap
perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat
kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan.
Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang
wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
10. Ujian kehamilan yang positif
Jika
anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya
sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan
dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu.
Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini,
dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
0 comments:
Post a Comment