Saturday 20 September 2014

Merancang Anak Perempuan

Assalamualaikum semua dan salam bersiaran. Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai sedikit panduan untuk mendapatkan anak perempuan. Ini ada rententan dari entry saya YANG INI.

Tips / panduan ini hanyala dari sudut sains je.. Yang maha berkuasa tetap DIA. Kun fa ya kun. Kalau dah takdir tetapkan itu, usaha macam mana pun tetap itula rezeki kita. Yang penting anak yang yang bakal dilahirkan sihat.. 

Semasa hamil, jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami yang membawa kromosom X dan Y yang menentukan samaada bayi akan menjadi lelaki atau perempuan. Ovum isteri hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri XY, (bayi lelaki), manakala XX (bayi perempuan).


CARA UNTUK MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN

Waktu subur isteri

  • Sperma X bergerak dengan lebih pelahan berbanding dengan spema Y,  tetapi jangka hayat sperma X lebih panjang iaitu  boleh hidup dalam masa lebih 24 jam. Oleh  tu, hubungan seks digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24 jam sebelum ovulasi supaya peluang untuk dapat anak perempuan lebih tinggi.
  • Anda digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki yang mempunyai jumlah sperma yang rendah adalah lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan.

Teknik hubungan intim

  • Salah satu cara untuk dapatkan anak perempuan adalah teknik tradisi semasa mengadakan hubungan seks. Ini disebabkan teknik ini membenarkan penis ayah lebih jauh dengan serviks dan jarak penjalanan yang lebih panjang membenarkan sperma X yang mempunyai hayat yang lebih panjang boleh bertahan lama untuk mencapai telur.
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada sebelah petang.

Pemakanan

  • Makanan yang kaya dengan lemak, makanan yang dibuat daripada susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Makanan yang berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka minuman gas juga digalakkan. Amalkan juga memekan sayur hijau seperti bayam dan brokoli, biji pumpkin, biji bunga matahari ataupun biji sesame.
  • Makanan laut tidak digalakkan.

Tahap keasidan faraj

  • Sperma X  lebih bertahan lama dalam keadaan asid dan lebih cenderung kepada ank perempuan. Anda dicadangkan membasuh kemaluan anda dengan sedikit cecait berasid seperti lactacyd lebih kurang dua jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cra ini boleh meningkatkan peratusan untuk mendapatkan anak perempuan. 

Tahap kepuasan isteri dicapai kemudian selepas suami

  • Isteri tidak perlu mendapatkan kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yang boleh merangsang pergerakan sperma X.

NOTA: tiada jaminan 100% yg kita boleh dapat anak perempaun dengan mencuba cara di atas ini. Ini semua adalah kaedah semulajadi untuk memilih jantina anak kita. Banyak faktor lain yang turut mempengaruhi dalam menghasilkan jantina anak yang kita inginkan tu. Yang penting, bila anak lahir, anak itu sihat

kredit: baby ibu

0 comments:

Post a Comment