Tuesday 15 July 2014

Diabetic Foot: Perlu Ke Dipotong?

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai salah satu komplikasi Diabetes iaitu luka (Diabetic Foot). 


Diabetes adalah sejenis penyakit zaman moden yang semakin meningkat dan mengancam kesihatan penduduk di seluruh dunia, malah di Malaysia sendiri, 1.4 juta rakyatnya direkodkan menghidap penyakit ini. Ia menyebabkan pelbagai kerosakan organ dan sistem saraf. Bahagian paling mudah mengalami masalah terluka atau ulser dan terdedah kepada kecederaan adalah tapak kaki.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), dalam tempoh 20 saat, satu kaki akan dipotong akibat diabetes dalam kajian global yang dilakukan pada 2011.

Apabila seseorang mengalami diabetes dalam satu tempoh yang panjang dan kandungan gula dalam darahnya tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.

Kerosakan saraf pada kaki juga bermakna aliran darah yang membawa zat dan bekalan oksigen terganggu. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki akan lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang tidak dirawat dengan baik akan berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam nyawa.

Menurut Koordinator dan Perunding Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Harikrishna, pesakit diabetes cenderung untuk mengalami masalah luka di kaki kerana kewujudan ulser akibat luka yang tidak dirawat awal. Dalam kebanyakan kes, luka ini hanya disedari apabila ia mula berbau menandakan terdapat jangkitan kuman.


Katanya, apabila luka berkenaan dijangkiti kuman dan menjadi lebih teruk, bahagian kaki yang terjejas akan mengalami gangren iaitu tisu mati. Bagaimana keadaannya? Jari kaki pesakit kelihatan lebam dan hitam yang sekali gus boleh menyebabkan kecacatan jika apabila bahagian itu perlu dibuang (dipotong) demi menyelamatkan nyawa.


"Apabila kaki terkena jangkitan, kami akan cuba menyelamatkannya dengan mengurangkan sebanyak mungkin gangren, namun jika ia sudah bertukar menjadi hitam yang menandakan tisu sudah mati, kami terpaksa memotongnya.

"Jika seseorang pesakit diabetes sudah dipotong satu kaki akibat penyakit itu, tetapi masih tidak menjaga kesihatan dan terkena jangkitan, kami akan cuba menyelamatkannya dengan mengurangkan sebanyak mungkin gangren, namun jika ia sudah bertukar menjadi hitam yang menandakan tisu sudah mati, kami terpaksa memotongnya.


"Jika seseorang pesakit diabetes sudah dipotong satu kaki akibat penyakit itu, tetapi masih tidak menjaga kesihatan dan mengawal paras gula dalam darah, berkemungkinan besar (50 peratus) sebelah lagi kakinya akan turut dipotong.

"Melalui pengalaman saya, keadaan ini akan meningkatkan sehingga 68 peratus risiko kematian pesakit dalam tempoh lima tahun selepas kakinya dipotong jika gaya hidup tidak diubah," katanya ketika ditemui di pusat pengur usan luka bagi pesakit diabetes di Klinik Pakar Harian HKL.

Langkah Mengatasi:
Biarpun diabetes mempunyai kesan yang teruk kepada kesihatan, luka dan kehilangan kaki akibat penyakit berkenaan sebenarnya boleh dielakkan sehingga 85 peratus andai pesakit peka dan mengambil serius terhadap usaha mengekalkan paras gula normal dalam darah mereka.

Selain menjaga pemakanan dan aktif beriadah bagi mengawal paras gula dalam darah, penghidap diabetes juga disaran sentiasa membersihkan dan memeriksa keadaan kaki dan keseluruhan tapak kaki setiap hari supaya luka baru dapat dirawat dengan segera.

Katanya, kaki yang mempunyai luka kecil dan masih belum dijangkiti kuman boleh dibersihkan sendiri oleh pesakit menggunakan air dan sabun, sebelum ditutup dengan plaster.

Kaki juga perlu dipastikan tidak mengalami masalah kulit kering dan pecah di tapak kaki yang boleh mengakibatkan luka dan membenarkan kuman memasuki bahagian berkenaan, seterusnya menyebabkan kaki diancam gangren.

Disebabkan itu, pendidikan dan kesedaran bagaimana untuk menjaga kaki dan luka bagi pesakit diabetes adalah sangat penting demi memastikan anggota penting tubuh itu dapat dipelihara sebaik mungkin.


0 comments:

Post a Comment