This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, 4 August 2014

Merawat Cyst Dan Fibroid Tanpa Pembedahan

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya inigin berkongsi mengenai cara merawat Cyst dan Fibroid dengan hanya menggunakan vitamin sahaja tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan. 

Cyst dan fibroid adalah penyakit yang sinonim dengan wanita kerana 75% wanita akan mengalaminya. Satu kemungkinan yang tinggi untuk anda juga mengalaminya. Tetapi tahukah anda apa itu cyst dan fibroid. malangnya jika anda sekadar tidak peduli, fibroid boleh bertukar menjadi barah atau kanser jika tidak diatasi pada peringkat awal. Terdapat dua cara untuk menghilangkan cyst dan fibroid iaitu samada melalui pembedahan atau pengambilan supplement.

Punca sebenar kedua-dua penyakit ini (fibroid dan endometriotic cyst) tidak diketahui, tetapi ia berkaitan hormon estrogen yang banyak dihasilkan sewaktu usia reproduktif (bermula baligh sehingga menopaus) tanpa mengira sama ada sudah berkahwin mahupun belum.

Dua penyakit ini sering berkaitan. Rawatan lebih bergantung kepada tanda-tanda dialami seperti sakit dan seumpamanya, saiz serta keperluan kehamilan. Ia bukanlah barah, namun untuk kepastian sebenar, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas ‘cyst’ serta fibroid berkenaan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan. 

Apakah Cyst?  
Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka. Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal.



Apakah Fibroid?
Fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor.

Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.


Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Jenis-jenis  fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim :



Fibroid 1 : Intramural
Yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2 : Submucosal
Juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3 : Subserosal
Juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.
 
Cadangan Vitamin
Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini seterusnya menghilangkannya tanpa pembedahan. Ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.


Shaklee menawarkan vitamin-vitamin yang disebutkan di atas :
1. Vitamin C - SR
2. Caratomax (anti oksidan)
3. Vitamin E with Selenium
4. Zinc Complex
5. GLA Complex (paling bajet jika anda inginkan 1 jenis supplemen sahaja)



INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??
Hubungi Saya :
011
39757985 (sms/whatsapp) | hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 


Sunday, 3 August 2014

GLA Untuk Siapa?

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. hihi.. Masih dalam mood raye lagi kan. Raya, raya juga, tapi Bisnes tetap jalan. hehe. Jadi harini saya ingin berkongsi mengenai salah satu produk Shaklee iaitu GLA Complex.

Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga menopous dan andropause (menopous lelaki).

Perbezaan Shaklee
Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primorose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omeha-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin Euntuk meningkatkan kebersanan dan kestabilannya. Kesegaran dan kebersanananya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovailailitinya dibuktikan secara klinikal diman ia mampu memyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

 Manafaat Utama
  • Herba tradisi yang dipercayai- Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringan kebas urat sarat dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopous- Memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, isomnia, ketidakhadaman deperesi. Pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda. 
  • Memperbaiki prostatomegaly- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menentang kanser- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sisitem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit- Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, algergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, aitritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes- Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan- Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot ntuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. ambil secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung.
  • Memperbaiki tekstur rambut- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif da Autisma (ADD/ADHD)- Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikna memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)
Untuk menopous, pelangsingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan) 
PEMBELIAN TERUS

INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??
Hubungi Saya :
011
39757985 (sms/whatsapp) | hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 15 July 2014

Diabetic Foot: Perlu Ke Dipotong?

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai salah satu komplikasi Diabetes iaitu luka (Diabetic Foot). 


Diabetes adalah sejenis penyakit zaman moden yang semakin meningkat dan mengancam kesihatan penduduk di seluruh dunia, malah di Malaysia sendiri, 1.4 juta rakyatnya direkodkan menghidap penyakit ini. Ia menyebabkan pelbagai kerosakan organ dan sistem saraf. Bahagian paling mudah mengalami masalah terluka atau ulser dan terdedah kepada kecederaan adalah tapak kaki.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), dalam tempoh 20 saat, satu kaki akan dipotong akibat diabetes dalam kajian global yang dilakukan pada 2011.

Apabila seseorang mengalami diabetes dalam satu tempoh yang panjang dan kandungan gula dalam darahnya tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.

Kerosakan saraf pada kaki juga bermakna aliran darah yang membawa zat dan bekalan oksigen terganggu. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki akan lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang tidak dirawat dengan baik akan berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam nyawa.

Menurut Koordinator dan Perunding Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Harikrishna, pesakit diabetes cenderung untuk mengalami masalah luka di kaki kerana kewujudan ulser akibat luka yang tidak dirawat awal. Dalam kebanyakan kes, luka ini hanya disedari apabila ia mula berbau menandakan terdapat jangkitan kuman.


Katanya, apabila luka berkenaan dijangkiti kuman dan menjadi lebih teruk, bahagian kaki yang terjejas akan mengalami gangren iaitu tisu mati. Bagaimana keadaannya? Jari kaki pesakit kelihatan lebam dan hitam yang sekali gus boleh menyebabkan kecacatan jika apabila bahagian itu perlu dibuang (dipotong) demi menyelamatkan nyawa.


"Apabila kaki terkena jangkitan, kami akan cuba menyelamatkannya dengan mengurangkan sebanyak mungkin gangren, namun jika ia sudah bertukar menjadi hitam yang menandakan tisu sudah mati, kami terpaksa memotongnya.

"Jika seseorang pesakit diabetes sudah dipotong satu kaki akibat penyakit itu, tetapi masih tidak menjaga kesihatan dan terkena jangkitan, kami akan cuba menyelamatkannya dengan mengurangkan sebanyak mungkin gangren, namun jika ia sudah bertukar menjadi hitam yang menandakan tisu sudah mati, kami terpaksa memotongnya.


"Jika seseorang pesakit diabetes sudah dipotong satu kaki akibat penyakit itu, tetapi masih tidak menjaga kesihatan dan mengawal paras gula dalam darah, berkemungkinan besar (50 peratus) sebelah lagi kakinya akan turut dipotong.

"Melalui pengalaman saya, keadaan ini akan meningkatkan sehingga 68 peratus risiko kematian pesakit dalam tempoh lima tahun selepas kakinya dipotong jika gaya hidup tidak diubah," katanya ketika ditemui di pusat pengur usan luka bagi pesakit diabetes di Klinik Pakar Harian HKL.

Langkah Mengatasi:
Biarpun diabetes mempunyai kesan yang teruk kepada kesihatan, luka dan kehilangan kaki akibat penyakit berkenaan sebenarnya boleh dielakkan sehingga 85 peratus andai pesakit peka dan mengambil serius terhadap usaha mengekalkan paras gula normal dalam darah mereka.

Selain menjaga pemakanan dan aktif beriadah bagi mengawal paras gula dalam darah, penghidap diabetes juga disaran sentiasa membersihkan dan memeriksa keadaan kaki dan keseluruhan tapak kaki setiap hari supaya luka baru dapat dirawat dengan segera.

Katanya, kaki yang mempunyai luka kecil dan masih belum dijangkiti kuman boleh dibersihkan sendiri oleh pesakit menggunakan air dan sabun, sebelum ditutup dengan plaster.

Kaki juga perlu dipastikan tidak mengalami masalah kulit kering dan pecah di tapak kaki yang boleh mengakibatkan luka dan membenarkan kuman memasuki bahagian berkenaan, seterusnya menyebabkan kaki diancam gangren.

Disebabkan itu, pendidikan dan kesedaran bagaimana untuk menjaga kaki dan luka bagi pesakit diabetes adalah sangat penting demi memastikan anggota penting tubuh itu dapat dipelihara sebaik mungkin.


Testimoni Vivix: Bacaan Gula Terkawal, Penglihatan Bertambah baik!!

Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya nak berkongsi mengenai testimoni HEBAT Vivix bagi pesakit Diabetes.
 
 Ringkasan:
  1. Ibu beliau menghidap kencing manis. Bacaan gula akan naik mendadak apabila pemakanan ibunya tidak terkawal. 
  2. Kerana menghidap kencing manis bagi tempoh yang lama, penglihatan ibu beliau mula terganggu. 
  3. Ibu beliau mengadu penglihatannya semakin kabur dan berasa matanya menjadi seperti kembang dan berair. 
  4. Beliau memberi Vivix kepada ibunya. 
  5. Bermula dengan setengah sudu teh setiap, kemudian dua sudu teh setiap. 
  6. Dalam masa tidak sampai sebulan, penglihatan ibu beliau bertmabah baik dan kedudukan matanya bertambah baik.
  7. Vivix juga memberi kesan POSITIF pada bacaan gula ibunya. 

Apa Itu Vivix? BACA SINI
Bagaimana Vivix Membantu Mengawal Gula BACA SINI
PEMBELIAN TERUS

INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??

Hubungi Saya :
011
39757985 (sms/whatsapp) | hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday, 13 July 2014

Jadual Pilihan Set Menyusu

 Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin memberi satu jadual lengkap mengenai pilihan Set Menyusu. Jadual ini mengandungi pilihan set menyusu mengikut keperluan ibu dan anak. Anda juga boleh membuat pembelian sendiri dengan menekan 'PEMBELIAN TERUS'


 JENIS SET
ITEM
CADANGAN

- ESP
ibu-ibu yang mempunyai budget  yang rendah dan baru ingin mencuba supplement penyusuan

- ESP

ibu-ibu yang BARU sahaja melahirkan anak
ibu-ibu yang mempunyai anak menghidap  G6PD
ibu-ibu yang ingin mencuba supplement untuk penyusuan tetapi sukar untuk menerima supplement berbentuk cecair.

-ESP
3 M -MAKE MORE MILK. ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan penuh dan inginkan kesihatan optimun bagi ibu dan anak.

-ESP
ibu-ibu yang masih menyusukan bayi dan ingin mengurangkan berat badan dengan  budget  yang rendah. 

-ESP
ibu-ibu yang masih
menyusukan bayi tetapi dalam masa yang sama ingin mengurangkan berat badan dan ingin mengekalkan kesihatan optium


         

Saturday, 12 July 2014

Kebaikan Susu Ibu Yang Perlu Diketahui

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai ilmu penyusuan. Diawal kehamilan lagi, saya banyak membaca mengenai susu ibu. Banyak kebaikan dan keajaiban tentang susu ibu yang saya baca. Harini saya ingin berkongsi dengan anda semua.




Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua  tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah  meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.

Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Saya rasa ramai tahu tentang kebaikan ibu menyusu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi. Ia membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu tentang terdapat banyaknya faedah-faedah lain ibu menyusu bayi?

  1. Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
  2. Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
  3. Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
  4. Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
  5. Menyusu bayi dengan susu ibu mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
  6. Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
  7. Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
  8. Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
  9. Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
  10. Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras cholesterolnya yang rendah.
 credit 1 
 credit 2 

Masih mencari supplement penyusuan? KLIK SINI

================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================


INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT PENYUSUAN DENGAN HARGA HEBAT?? 


Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ibu Menyusu - Jangan Stress Berlebihan!!

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai ilmu penyusuan. Tahukah anda bahawa stress atau berada di dalam keadaan tertekan boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu? Ya, memang emosi sanagat mempengaruhi penhasilan susu ibu. Pengalaman saya sendiri, jika saya berasa stress kerana masalah kerja productin saya memang akan down. Lagi satu pada waktu PMS, memang kebanyakan kita akan berasa sedikit baran kan? Ini semua boleh mengannggu pengjhasilan susu.


Pengeluaran susu ibu dipengaruhi juga dengan emosi ibu itu sendiri. ibu perlu dalam keadaan tenang dan gembira supaya hormon oxytocin yang bertindak mengalirkan susu ibu dapat dirembes dengan baik. Bagi ibu-ibu yang berkerja, setelah lama bercuti mungkin banyak kerja perlu dilunaskan. Keadaan ini mungkin akan menyebab stress.

Walaupun, kerapkali mengepam untuk mengosongkan breast, namun air susu masih lagi kurang. Ketahuilah stress yang berlebihan dan emosi yang tidak menentu juga akan mempengaruhi tahap pengeluaran susu.
 

10 teknik menguruskan stress:-

✔ Lakukan teknik bernafas yang betul.
✔ Rehat (relax) di tempat yang tenang dan lapang.
✔ Mengurus masa dengan berkesan.
✔ Berkongsi perasaan dengan orang yang intim dengan kita.
✔ Bekerja dalam keadaan selesa. Pastikan kerusi, meja, pakaian yang sesuai digunakan.
✔ Jaga kesihatan (bersenam atau riadah)
✔ Makan makanan yang berkhasiat .
✔ Menjaga hubungan yang baik dengan semua orang dengan fikiran yang terbuka.
✔ Selalu senyum dan ketawa.
✔ Bersolat, zikir dan berdoa atau bercakap dengan diri sendiri (berimaginasi).



Masih mencari supplement penyusuan? KLIK SINI

================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================

INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT PENYUSUAN DENGAN HARGA HEBAT?? 

Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.