Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai salah satu komplikasi Diabetes iaitu luka (Diabetic Foot).
Diabetes adalah sejenis penyakit zaman moden yang semakin meningkat dan
mengancam kesihatan penduduk di seluruh dunia, malah di Malaysia
sendiri, 1.4 juta rakyatnya direkodkan menghidap penyakit ini. Ia
menyebabkan pelbagai kerosakan organ dan sistem saraf. Bahagian paling
mudah mengalami masalah terluka atau ulser dan terdedah kepada
kecederaan adalah tapak kaki.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), dalam tempoh 20 saat, satu kaki akan dipotong akibat diabetes dalam kajian global yang dilakukan pada 2011.
Apabila seseorang mengalami diabetes
dalam satu tempoh yang panjang dan kandungan gula dalam darahnya tidak
dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kaki
menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.
Kerosakan
saraf pada kaki juga bermakna aliran darah yang membawa zat dan bekalan
oksigen terganggu. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki akan
lambat atau tidak akan sembuh. Luka yang tidak dirawat dengan baik akan
berisiko mendapat jangkitan seterusnya mengancam nyawa.
Menurut Koordinator dan Perunding Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Harikrishna, pesakit diabetes
cenderung untuk mengalami masalah luka di kaki kerana kewujudan ulser
akibat luka yang tidak dirawat awal. Dalam kebanyakan kes, luka ini
hanya disedari apabila ia mula berbau menandakan terdapat jangkitan
kuman.
Tuesday, 15 July 2014
Diabetic Foot: Perlu Ke Dipotong?
Related Posts:
Apa Itu Diabetes Retinopathy? Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai bagaimana Diabetsi boleh menyebabkan penghidapnaya hilang penglihatan. Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan at… Read More
4 Persoalan Mengenai Pemeriksaan Glukose Dalam DarahAssalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai bacaan gula di dalam darah. Sebenarnya adalah menjadi rutin harian saya untuk memeriksa kadar bacaan gula gula dalam darah bagi pesakit yang datang ke … Read More
Mengurus Diabetes Di Bulan PuasaAsslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin menulis mengenai panduan berpuasa bagi pesakit diabetes. Mengawal kadar gula dalam darah, terutama pada Ramadan sememangnya cabaran paling besar untuk mereka yang d… Read More
10 Perkara Mengenai Diabetes & InsulinBerhadapan dengan pesakit Diabetes merupakan rutin harian perkerjaan saya. Jadi sedikit sebanyak ilmu mengenai Diabetes ini mesti ada dalam diri saya sebagai persediaan untuk saya menjawab persoalan dari pesakit. Mungki… Read More
Diabetic Foot: Perlu Ke Dipotong?Assalamualaikum dan salam bersiaran. Harini saya ingin berkongsi mengenai salah satu komplikasi Diabetes iaitu luka (Diabetic Foot). Diabetes adalah sejenis penyakit zaman moden yang semakin meningkat dan mengancam… Read More
0 comments:
Post a Comment