Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.
Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua tahun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekiranya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Saya rasa ramai tahu tentang kebaikan ibu menyusu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi. Ia membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu tentang terdapat banyaknya faedah-faedah lain ibu menyusu bayi?
- Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
- Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
- Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
- Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
- Menyusu bayi dengan susu ibu mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
- Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
- Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
- Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
- Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
- Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras cholesterolnya yang rendah.
credit 2
Masih mencari supplement penyusuan? KLIK SINI
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu
Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda.
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================
INGIN MENDAPATKAN SUPPLEMENT PENYUSUAN DENGAN HARGA HEBAT??
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment