2. Jenis-jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:
- Fasting blood sugar (FBS) atau
pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang
dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan
sekurang-kurangnya 8 jam.
- 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau
pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji
keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
- Random blood sugar (RBS) atau
pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi
mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia
bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah diabetes. Namun ia bukan
ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
- Oral glucose tolerance test (OGTT) ia
adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di
kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air
gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.
Bacaan Glucose yang Normal
Bagi ‘Fasting Blood Glucose’
| Bacaan Glucose | Indikasi |
| From 70 – 99 mg/dL (3.9 – 5.5 mmol/L) | Normal |
| From 100 – 125 mg/dL (5.6 – 6.9 mmol/L) | Berisiko untuk mendapat diabetes |
| 126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atas | Diabetes |
Bagi ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)
Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75-gram air glucose.
| Tahap Glucose | Indikasi |
| Kurang dari 140 mg/dL (7.8 mmol/L) | Normal |
| 140 – 200 mg/dL (7.8 – 11.1 mmol/L) | Risiko untuk mendapat diabetes |
| Lebih 200 mg/dL (11.1 mmol/L) | Diabetes |
Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L,
apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam
selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari
6.0 mmol/L.
Jika bacaan glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan
komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang
baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6
mmol/L selepas makan.
Jadi jika anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah
adalah sebahagian pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit
diabetes harus mengetahui berapa kerap dan bila ujian pemeriksaan ini harus dilakukan.
3. Berapa kali ujian glucose perlu dilakukan?
Ramai pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk
mengetahui kandungan glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah
mencukupi.
Inilah yang sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan
di pusat kesihatan kerajaan empat bulan sekali.
Ada yang cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh
beberapa hari sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka
normal. Jika tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.
Ini adalah suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk
mengetahui kandungan glucose dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.
Bilangan kekerapan melakukan ujian darah bergantung kepada tahap
kawalan gulanya setiap hari. Ada yang memerlukan pemeriksaan glucose dalam
darah hanya sekali dalam sehari dan ada yang memerlukan ujian sebanyak enam
kali sehari.
Satu panduan dari American Diabetes
Association (ADA), US memberitahu golongan
pesakit berikut harus diperiksa sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali sehari
iaitu:
- Semua
pesakit diabetik jenis 1
- Semua
pesakit diabetik yang mengambil 3 atau lebih suntikan insulin setiap hari.
Panduan ADA juga menasihatkan pesakit diabetic agar memeriksa
kandungan glucose mereka sekerap yang boleh untuk memastikan mereka mencapai
tahap glucose yang normal.
Bagi pesakit diabetic yang bukan termasuk dalam golongan itu,
mungkin berfikir memeriksa gula sebulan sekali memadai. Itu juga tidak betul.
Sekali lagi ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan glucose dalam darah
mereka. Jika pesakit mendapati bahawa paras gula dalam darah mereka adalah
normal, maka mungkin mereka boleh kurangkan pemeriksaan. Namun jika mereka
mendapati paras glucose mereka tidak normal, harus diperiksa sekerap yang
mungkin untuk mengesan punca yang menyebabkan paras glucose dalam darah tidak
terkawal.
Selain itu, ada masanya pesakit memerlukan pemeriksaan tahap glukos
yang lebih kerap jika :
- Baru
memulai ubat diabetes atau baru mula ditukar ubat diabetes yang berlainan
jenis
- Sedang
menukar dos ubat
- Sedang
dalam keadaan sakit eg. demam, batuk, selsema atau ada bisul
- Sedang
dalam latihan fizikal atau riadah yang berat
- Sedang
hamil
- Sedang
dalam musafir menyebabkan rutin seharian bertukar
Setiap pesakit diabetic (terutama pesakit diabetic yang berumur
30an ke atas) perlu mempunyai mesin glukometer bagi memudahkan mereka memeriksa
sendiri kandungan glucose dalam darah mereka.
Memeriksa sendiri tidak harus menjadi janggal kerana saya selalu mengumpamakan
‘penyakit diabetes telah menjadi sebahagian hidup kita’. Jadi kita harus tahu
apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan, nama ubat dan cara
melakukan pemeriksaan. ‘Alah tegal menjadi biasa’, segala perkara yang
mustahil akan mudah dilakukan jika kita ada kesungguhan melakukannya.
Sebagai pesakit diabetic, fikirkan secara realistik. Penyakit diabetic akan
memberikan masalah selepas 10-15 tahun. Jadi nasib kita 10-15 tahun akan
datang ditentukan oleh pesakit itu sendiri.
Oleh itu jika mereka mengetahui paras glucose dalam darah
adalah tinggi, mereka harus meningkatkan kekerapan memeriksa dari sekali sehari
kepada tiga kali sehari sehingga kita dapat mencapai tahap glucose yang normal.
4. Bilakah masa yang sesuai untuk pemeriksaan glukose?
Ramai pesakit diabetic yang menganggap bahawa pemeriksaan glucose
harus dilakukan apabila telah puasa lebih lapan jam. Ia adalah nasihat yang
benar. Namun ada beberapa waktu yang digalakkan untuk melakukan pemeriksaan
glucose bagi memastikan kandungan glucose dalam darah di tahap yang normal.
Antaranya :
- Sebelum
makan
- Selepas
dua jam setelah makan
- Sebelum
tidur
- Sebelum,
semasa dan selepas melakukan riadah
- Sebelum
mengendalikan mesin berat atau memandu dalam masa yang panjang
- Ketika
mengalami tanda-tanda hypoglycemia (kekurangan glucose) atauhyperglycemia (lebihan glucose)
Pemeriksaan yang kerap juga memerlukan kos yang tinggi. Setiap glucostix yang digunakan berharga RM2. Bayangkan jika menggunakannya
enam kali sehari. Ini bermakna membelanjakan RM360 sebulan.
Walau bagaimana pun saya menganggap harga itu berbaloi untuk orang
yang mampu. Apabila kandungan glucose sudah stabil bolehlah dilakukan ujian
sebanyak dua kali sehari selama sebulan. Caranya seperti ini :
- Minggu
1: Sebelum sarapan dan dua jam selepas sarapan
- Minggu
2: Sebelum makan tengahari, dan dua jam selepas makan
- Minggu
3: Sebelum makan malam dan dua jam selepas makan
- Minggu
4: Sebelum tidur dan sebelum sarapan
Pemeriksaan ini akan memberikan gambaran bagaimana pesakit
mengamalkan pemakanannya. Dari corak ini dapat dilihat bila masanya seseorang
mempunyai tahap kandungan glucose yang tinggi. Jadi di lain masa, pemeriksaan
boleh diteruskan untuk waktu itu saja.
Jadi kekerapan pemeriksaan darah mungkin dapat dikurangkan dan
menjimatkan kos. Jika kita tidak ada kemampuan untuk menguji enam kali sehari,
cubalah lakukannya dua kali sehari. Catatkan dalam diari dan berbincang dengan
doktor mengenai bacaan kandungan glucose dalam darah terkawal apabila melakukan
rawatan susulan.
Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090511)