Mengawal kadar gula dalam darah, terutama pada Ramadan sememangnya cabaran paling besar untuk mereka yang disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Malah, ada kalanya jika kandungan gula terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit dinasihatkan tidak meneruskan puasa.
Namun, kata Pakar Runding Endrokologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, jika pesakit bijak mengawal kadar gula dalam darah, berpuasa bukanlah halangan besar. Malah dengan nasihat doktor dan ubah suai dos yang perlu diambil, pesakit sebenarnya masih mampu menjalani ibadat puasa.
Malah, tidak ramai yang menyedari, bagi pesakit yang sudah lama didiagnos dengan diabetes, bulan puasa adalah waktu yang dinanti-nantikan kerana lebih mudah sebenarnya bagi mereka mengawal tahap gula dalam darah.
“Pesakit yang sudah lama didiagnos dengan diabetes, mereka sudah tahu perubahan pengambilan dos insulin selain pemakanan. Bagaimanapun, pesakit kanak-kanak yang baru didiagnos dengan diabetes, Ramadan memang bulan yang mencabar,” katanya.
Lebih 1.2 juta warga Malaysia ialah pesakit diabetes dengan anggaran kes baru sekitar 650,000 setiap tahun, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan menjelang 2030, ada seramai 180 juta pesakit diabetes di seluruh dunia.
Di Malaysia, 95 peratus pesakit diabetes adalah daripada Jenis Dua. Namun, kebanyakan pesakit diabetes Jenis Satu pula ialah kanak-kanak dan remaja.
“Diabetes Jenis Satu paling sukar kerana pesakit langsung tiada insulin dalam badan, jadi jika kurang menerima suntikan, mereka berisiko berdepan masalah gula naik secara mendadak.
“Lazimnya pesakit diabetes Jenis Satu ialah mereka yang sudah disahkan menghidap diabetes sejak bertahun-tahun lamanya. Jadi mereka sudah tahu melakukan perubahan terhadap pemakanan. Mereka tidak sukar menempuh Ramadan melainkan ubat-ubatan mereka sudah bertukar atau baru mendapat suntikan insulin, mereka secara khusus perlu dinasihatkan dan dimaklumkan bagaimana mengelak gula turun atau naik secara mendadak,” katanya.
Dr Zanariah berkata, selain itu pemakanan juga antara faktor penting bagi menguruskan diabetes ketika Ramadan. Lebih mudah katanya, diet pesakit diabetes tidak sama, selain keperluan ubat-ubatan juga tidak sama. Namun, secara umum kebanyakan pesakit akan makan lebih ketika berbuka puasa dan sahur pula ringan, justeru pemberian dos juga perlu diterbalikkan.
Panduan bagi pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
Diet – Elak makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.
Senaman – Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan kadar gula dalam darah turun mendadak.
Ubat – Dapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan yang diambil pada sebelah pagi pada hari tidak berpuasa ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa. Dos yang diambil sebelum makan malam sewaktu tidak berpuasa, pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan kadar gula dalam darah turun atau naik mendadak.
Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan bulan puasa, seperti berikut:
Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan ialah sama seperti dos yang diberikan pada waktu pagi pada hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur (0.1 – 0.2 unit insulin/kg berat badan)
Pesakit yang berdepan dengan masalah diabetes ketika hamil
Kata Dr Zanariah, umumnya wanita hamil tidak digalakkan berpuasa, namun jika pengurusan diabetesnya baik wanita itu masih boleh berpuasa.
“Bagi wanita yang didiagnos dengan diabetes sebelum hamil, apabila sudah berbadan dua, dia perlu mengambil insulin berbanding ubat biji. Penggunaan insulin berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah gula rendah. Jadi sewaktu mengandung, risikonya lebih ketara. Pada tempoh kehamilan, kawalan gula sangat penting untuk memastikan perkembangan janin,” katanya.
Bagi mereka yang menghidap diabetes ketika hamil, biasanya diabetes yang dialami tidak teruk dan mereka hanya perlu mengawal diet untuk terus berpuasa.
“Jika kawalan gula yang baik dan mengikut garis panduan mereka boleh puasa,” katanya.
Fakta: Peringatan umum pesakit diabetes berpuasa
1) Jangan melengahkan berbuka tetapi melambatkan bersahur.
2) Bagi pesakit yang baru berpuasa digalakkan mengukur gula dalam darah supaya mereka boleh nilai tindak balas kadar gula dalam darah waktu berpuasa. Tahap gula diuji pada, sebelum bersahur antara dua ke empat jam selepas bersahur, sebelum berbuka puasa dan antara dua ke empat jam selepas berbuka.
3) Makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.
4) Makan berpada-pada ketika berbuka serta kurangkan hidangan yang manis.
5) Mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya.
6) Mengenali tanda-tanda hipoglesemia (kekurangan gula dalam darah), hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.
7) Segera berbuka apabila mengalami masalah sama ada hipoglesemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh memudaratkan mereka.
8) Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan /disuntik mengikut syor doktor.
Simptom hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi: Tanda-tanda hipoglisemia (gula dalam darah terlalu rendah)
- Menggigil
- Terlalu lemah
- Amat lapar
- Berpeluh
- Pucat
- Berdebar-debar
- Gelisah
- Koma (tak sedarkan diri)
- Kerap buang air kecil
- Terlalu dahaga
- Sangat letih
- Amat dahaga
- Kulit dan lidah yang terlalu kering
- Fikiran terganggu
- Penyakit diabetes yang dihidapi tidak stabil. Bimbang ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
- Tidak mematuhi nasihat penjagaan diet, pengambilan ubat-ubatan dan insulin.
- Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
- Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis.
- Kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
- Mengalami jangkitan kuman.
- Warga tua dan tinggal bersendirian.
- Wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin.
- Berusia bawah 12 tahun.
MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA
Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa:
Waktu
|
|
7.30 malam
|
Berbuka puasa dengan
minuman ringan (air buah-buahan).
Makan ubat anda bersama
makanan yang tidak mengandungi gula.
Sembahyang Maghrib
|
8.00 malam
|
Hidangan utama (makan
malam)
|
8.30 malam
|
Sembahyang Isyak/terawih
|
10.00 malam
|
Makan
|
1.30 pagi
|
Snek (pilihan) Tidur
|
4.45 pagi
|
Bangun Makan ubat
|
5.15 pagi
|
Bersahur
|
5.45 pagi
|
Snek (pilihan)
|
(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek).
Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kira-kira 2 jam selepas berbuka puasa. Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.
Ketahui Jenis-jenis dan Komplikasi Diabetes KLIK SINI
Cara Mengawal Diabetes Secara Selamat Dan Berkesan KLIK SINI
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment