Sunday, 29 June 2014

Pengalaman Pertama Menyusukan Anak

Asslamualaikum dan salam bersiaran. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sewaktu mula-mula menyusukan anak saya Hasya Amani binti Muhamad Zulhafifi.

Alhamdulillah, rezeki saya dan suami untuk mendapat cahaya mata amat murah. Kami sangat beruntung kerana kami tidak perlu menunggu lama. Sebulan selepas perkahwinan kami, saya disahkan hamil. Bunting pelamin kata orang. Hebat tak?? hihihi

Saya seorang yang suka blogwakling. Baca buku malas, blog tak pe. hihi. 2 tahun lepas, isu breastfeed ni memang tengah IN (pada sayalah). Jadi disitu timbul satu keazaman yang sangat tinggi dalam diri saya untuk memberikan penyusuan penuh ke anak saya. Dari mengandung lagi saya berdoa agar dipermudahkan untuk menyusukan anak saya sehingga dua tahun.

Perasaan saya bila kali pertama melihat anak saya selepas dilahir, rasa macam tak percaya.. Terus hilang semua rasa sakit tu. Eeii ni ke budak yang duk godek-godek dalam perut aku selama 40 minggu 4 hari nih.. Keciknye. Macam mana nak pegang nih? hihi.


Saya hanya dapat menyusukan Amani 5 jam selepas di lahirkan. Saya pun tak tahu kenapa lambat sangat mereka nak berikan kepada saya untuk disusukan. Sepatutnya kita boleh menyusukan anak kita sejam selapas dilahirkan. Biasala ilmu yang kurang. Selepas ini kita perbaiki.

Pertama kali Amani menyusu rasa geli tau. hehe.. Nak tergelak pun ada. Tapi bila tengok dia pandai cari puting dan hisap, rasa macam ajaib sangat.. Indahnya aturan Tuhan.. Saya juga ada mengalami luka pada puting. Secara sainsnya saya tidak tahu mengapa, yelah baby bukan ada gigi, tapi boleh luka. hihi. Tapi kata orang-orang tua itu semua biasa. Petua nak kurangkan luka, picit sedikit susu kita dan sapukan pada keliling puting. Lebih kurang seminggu juga luka ni.

Memang agak memenatkan lagi bagi ibu berkerja macam saya untuk menyusukan anak. Tapi bila tengok muka anak hilang semua penat. Ibu-ibu kena pandai susun masa, curi masa.
Yang penting jangan stress dan sentiasa happy. 

Tips Bagi Ibu Yang Mahu Menyusukan Anak


  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asyik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.
  • Ibu mesti ambil makanan yang seimbang. Ni sangat penting bagi penghasilan susu.
  • Banyakkan berdoa agar dipermudahkan segalanya.
INGIN MENCARI SUPPLEMENT PENYUSUAN??  
================================================================================
Supplemen dalam Penyusuan Susu Ibu

Jika anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu kepada bayi anda. 
Lebih kerap bayi disusukan atau kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.
========================================================================
Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



0 comments:

Post a Comment