This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 11 June 2014

10 Perkara Mengenai Diabetes & Insulin

Berhadapan dengan pesakit Diabetes merupakan rutin harian perkerjaan saya. Jadi sedikit sebanyak ilmu mengenai  Diabetes ini mesti ada dalam diri saya sebagai persediaan untuk saya menjawab persoalan dari pesakit. Mungkin tidak dapat memberi penjelesan yang lengkap tetapi cukuplah sekadar memberi sedikit gambaran kepada pesakit. Oleh sebab itu, hari ini saya inigin berkongsi serba sedikit info mengenai Diabetes dan Insulin.


1. Apa Itu Diabetes?  

Diabetes atau Kencing Manis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah seseorang adalah tinggi dari normal secara kronik.

2. Bagaimana Diabetes Berlaku?

Insulin adalah satu hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Bagi orang yang sihat, karbohidrat dalam makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa (sejenis  gula) yang akan disebarkan ke seluruh sel badan untuk dijadikan tenaga. Fungsi insulin ialah membantu glukosa masuk ke dalam sel badan.

Diabetes berlaku apabila pankreas menghasilkan insulin yang sedikit atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Ini menyebabakan glukosa sukar masuk ke dalam sel badan dan seterusnya paras gula dalam badan akan meningkat. Keadaan paras gula yang kekal tinggi di dalam badan inilah yang dipanggil  Diabetes

Glukosa yang tidak dapt digunakan ini akan terkumpul di dalam darah dan akhirnya mengalir melalui buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing. Glukosa yang terkumpul di dalam darah juga akan merosakan  tisu-tisu badan termasuk organ dan saraf.

3. Jenis-Jenis Diabetes 

Terdapat 3 jenis Diabetes iaitu:-
  • Diabetes Jenis 1
          Berlaku disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin untuk keperluan badan.
          Pesakit memerlukan rawatan ubat insulin sepnajnag hayat.  Diabetes Jenis 1 biasanya
          berlaku diusia yang muda.
  •  Diabetes Jenis 2
           Berlaku disebabakan oleh pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi bagi
           keperluan badan atau insulin yang dihasilkan kurang berkesan. Diabetes Jenis 2 boleh
           dikawal dengan pemakanan yang sihat, senaman dan pengambilan ubat 
           (makan dan insulin). Ia biasanya berlaku di kalangan mereka yang lebih berusia atau 
           awal dewasa.
  • Gestational Diabetes Melitus (GDM)  
          Berlaku di kalangan wanita semasa mengandung yang berpunca dari perubahan 
          hormon dalam badan. Penghidap diabetes jenis ini mempenyai risiko untuk menghidap 
           Diabetes jenis 2 di kemudian hari.

4. Bagaimana Merawat  Diabetes.

Rawatan  Diabetes bergantung kepada jenis  Diabetes yang dihidapi dan juga atas arahan doktor. Diabetes Jenis 1 biasanya dirawat menggunakan ubat insulin sahaja kerana badan tidak berupaya menghasilkan insulin sendiri.

 Diabetes Jenis 2 dirawat menggunakan ubat sama ada oral atau insulin ayau kedua-duanya sekali bergantung kepada tahap kawaln dan paras gula dalam darah pesakit. Di samping itu pesakit dikehendaki mengawal pemakanan dan melakukan senaman bagi memastikan paras gula dalam badan sentiasa berada pada tahap normal.

Gestational  Diabetes Melitus (diabetes di kalangan ibu mengandung) memerlukan kawalan diet atau rawatan insulin sahaja keran pengambilan ubat makan dikhuatiri akan memudaratkan kandungan.


5. Jenis-Jenis Ubat Insulin

Ubat insulin dikategorikan kepada 4 kategori berdasarkan kepada jangkan masa tindakan terhadap badan apabila disuntik. Kategori tersebut ialah :-
  • Bertindak cepat - Actrapid, Humulin R
  • Bertindak sederhana - Insulatard, Humulin N
  • Bertindak jangka panjang - Glargine, Detemir
  • Campuran - Mixtard, Humulin 30/70

JENIS INSULIN
MASA MULA BERTINDAK
MASA KEMUNCAK
BERTINDAK
TEMPOH
BERTINDAK
Bertindak Cepat
(Actrapid, Humulin R)
 


30-60 minit


2-4 jam


6-10 jam
Bertindak Sederhana
(Insulatrad, Humulin N)
 


1-2 jam


4-8 jam


10 -16 jam
Bertindak Jangka Panjang
(Glargine, Detemir)



1-2 jam


-


24 jam
Campuran
(Mixtard, Humulin30/70)
 


-


-


10-16 jam



6. Pengambilan Ubat Insulin 

Ubat insulin tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil hormin. Semua pesakit Diabetes boleh mengambil ubat insulin. Ia tidak terhad kepada pesakit  Diabetes  Jenis 1 atau mereka yang telah lama menghidap Diabetes

Seseorang pesakit  Diabetes perlu mengambil ubat insulin setelah disyorkan oleh doktor untuk berbuat demikian sungguhpun beliau baru dikesan menghidap Diabetes. Pengambilan ubat insulin disyorkan terhadap seseorang pesakit berdasarkan keterukan penyakit Diabetes yang dialami. Rawatan secara ubat insulin merupakan kaedah rawatan terbaik untuk mereka bagi mengelakkan sebarang komplikasi akibat penyakit Diabetes. Doktor akan menentukan jenis insulin, dos dan kekerapan insulin yang perlu diambil. Ubat insulin disuntik menggunakan alat yang dinamakan 'pen insulin'.

7. Langkah-langkah Persedian Sebelum Menyuntik Insulin

Seseorang pesakit boleh melakukan prosedur sentikan insulin sendiri di rumah. Anggota kesihatan bertugas akan menunjukkan cara melakukan suntikan sebelum pesakit melakukan sendiri di rumah. Pastikan sebelum prosedur suntikan, basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

8. Tempat Menyuktik Insulin

Terdapat tempat-tempat tertentu di badan yang boleh dijadikan tempat menyuntik insulin. Ini bagi memastikan insulin dapat amsuk ke dalam badan dengan cepat dan memberi kesan seperti diharapkan.



9. Penyimpanan Insulin


Ubat insulin yang belum diguna hendaklah disimpan di dalam peti sejuk tetapi BUKAN di dalam ruang sejuk beku. Pen insulin perlu disimpan di dalam kotak atau bekas yang disediakan. Jauhi dari jangkauan kanak-kanak.



  • Letak di ruang dingin BUKAN sejuk beku
  • Diletak secara mendatar/baring
  • Jauhkan daripada cahaya matahari
  • Jauhakan dari kanak-kanak.
  • Buang lebihan insulin. JANGAN SIMPAN.

10. Nasihat Am

  • Jadikan suntikan insulin sebagai sebahagian dari jadual harian anda supaya anda tidak terlupa mana-mana dos.
  • Jika anda telupa satu dos, lupakan dos tersebut dan pastikan dos berikut diambil tepat pada masanya.
  • Anda perlu membawa pen insulin bersama anda ke mana sahaja anda pergi.
  • Sekiranya tertinggal pen insulin, anda perlulah mendapatkan suntikan di klinik atau hospital berhampiarn. Sila maklumkan kepada anggota kesihatan jenis insulin, dos dan kekerapan.
  • Anda perlu mengambil suntikan insulin mengikut waktu yang tetap setiap hari supaya tindakan insulin berkesan.
  • Anda dinasihatkan mengambil makanan setengah jam selepas suntikan bagi mengelakkan berlaka Hypoglisemia (kekurangan gula di dalam aliran darah darah)
  • Anda juga digalakkan memeriksa paras gula darah sebelum mengambil suntikan bagi mengelakan berlaku hypoglisemia dam hyperglisemia.
  • Dengan mengetahui paras gula semasa dalam darah, memudahkan anda mengubahsuai dos suntikan insulin mengikut keperluan badan. Kesannya anda dapat melakukan kawalan terbaik penyakit diabetes anda dan dapat megelak dari berlakunya komplikasi.
 SUMBER: JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN




Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






           

Tuesday, 10 June 2014

Kawal Diabetes Dengan Vivix Shaklee

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosasebagai sumber tenaga. Tanpa insulin,paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali sebagai kencing manis. BACA LANJUT

Pengawalan diabetes Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

APA ITU VIVIX? 
Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser. BACA LANJUT

APA ITU RESVERATROL? 

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS?
Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.








INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??

Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jenis-Jenis, Gejala Dan Komplikasi Diabetes Yang Perlu Diketahui

Penyakit kencing manis atau Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.


Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)

1. Diabetes jenis pertama (I) 
Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. 

2. Diabetes jenis kedua (II) 
Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
 Ianya boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ianya boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

3. Diabetes ketika Hamil / Diabetes Gestasi  
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukosa yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 


Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. 
Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.

Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak di diagnos boleh merosakkan
saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.  Komplikasi mata pula berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes JenisII. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.



Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 9 June 2014

Turunkan Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dan Selamat

Perkataan Kolesterol mungkin sudah tidak tidak asing di telinga kita. Tahukah anda, kolesterol merupakan salah satu lemak di dalam badan atau  lebih dikenal dengan nama lipid. Sebagai lemak di dalam badan, kolesterol  menjalankan fungsi di dalam badan kita. Tetapi kadar kolesterol yang  terlalu tinggi boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada kita. Risiko kolesterol yang tinggi.






PHYTOCOL-ST Shaklee Mampu Menurukan Kloesterol anda!!

PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat yang biasa disebut dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik. Sama dengan kolesterol jahat (kolesterol LDL), ia juga merupakan turunan dari 'keluarga' lemak.
Secara klinikal, penggunaan makanan yang mengandungi fitosterol telah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol.

 
Bagaimana Fitosterol bertindak

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.


 

Set untuk menurunkan paras kolesterol anda!!


 INGIN MENDAPATKAN SET  INI DENGAN HARGA HEBAT??


Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Risiko Kolesterol Yang Tinggi Terhadap Jantung Anda

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.                               

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



 Kandungan Kolesterol DI Dalam Hidangan


Kolestrol Penyebab Serangan Jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

 



Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 5 June 2014

Vivix Rahsia Awet Muda





Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

Kebersanan Vivix dalam melambatkan proses penuaan sememangnya didapat dinafikan lagi. Bagaimana Vivix boleh melambatkan proses penuaan?

Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.  BACA LANJUT 








=========================================================================

INGIN MENDAPATKAN PRODUK INI DENGAN HARGA HEBAT??


Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)

| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday, 4 June 2014

5 Sebab Kenapa Penapis Air Shaklee Pilihan Bijak

Selain jatuh CINTA pada Set Menyusu, Shaklee saya juga telah jatuh cinta pada Penapis Air Shaklee.
Bentuk yang sangat comel dan ringan sebab utama kenapa saya tertarik kepadanya. Ibarat cinta pandang pertama. Sekali tengok terus jatuh cinta.!! Sekali belek terus sayang ketat-ketat. opsss..



5 Sebab Kenapa Anda Harus Bertukar Kepada Penapis Air Shaklee!!

1) SELAMAT:  
Penapis air ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


 2) JIMAT
Menjimatkan kos rakyat Malaysia yang banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, anda akan mendapat air yang bersih dan rasanya yang enak. Penapis ini juga dilengkapi dengan meter  yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

Harga dijamin mampu milik. BAWAH RM 500!!


 meter yang akan memberitahu anda bila filter perlu ditukar

3) HANDAL: 
Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Penapis ini brupaya menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.



4) MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar. Penapis ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.



Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang babi. Ramai jurujual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. 
Bagaimana untuk membezakannya??  BACA LANJUT

5. MUDAH DIBAWA
Penapis ini  merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Ianya sangat ringan mudah dibawa kemana sahaja. Bentuknya yang kecil memudahkan anda untuk menyimpannaya.

=========================================================================



INGIN MENDAPATKAN PRODUK  INI DENGAN HARGA HEBAT??

Hubungi Saya :011 39757985 (whatsapp) 017 6148401 (sms/call)
| hafiza.hassan. - facebook 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.